top of page

DAMAI RESORT HERE I COME!

  • Writer: RAQIF SAFARI
    RAQIF SAFARI
  • Jun 3, 2018
  • 2 min read

So untuk percutian this time, I pilih untuk menginap di Damai Beach Resort, yang terletak di sepanjang pantai berpasir Teluk Bandung yang menghadap Laut China Selatan. Setelah membaca review daripada pelancong yang menginap di sana, kebanyakkan memang berpuas hati terhadap perkhidmatan dan servis yang diberikan oleh pihak resort!! Damai Beach Resort merupaka syurga penginapan yang serba lengkap kira-kira 90 ekar hadapan laut, di antara hutan hujan tropika tertua di dunia dan Gunung Santubong. Dari Bandar Kuching (ibu negeri Sarawak), para pelancong akan mengambil masa kira-kira 40 minit dengan memandu kenderaan dan anggaran 50 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.


Damai Beach resort ini mempunyai 252 bilik. Setiap bilik direka khas bagi mencerminkan latar belakang etnik di Sarawak. Susun atur yang menarik dan kekemasan juga diutamakan. Setiap bilik mempunyai penyaman udara, air panas dan sejuk, pengering rambut, 1 katil king atau 2 katil bersaiz queen, televisyen dan mini-bar. Terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan iaitu suite, chalet, seaview deluxe, standard balcony, superior, dan hillview. Suasana dan gambar bilik boleh di lihat di laman web rasmi Damai Beach Resort.


Situated along the sandy beach of Teluk Bandung, facing the breathtaking South China Sea (on the northwest coast of Borneo) nestled Damai Beach Resort, a self-contained haven residing on a 90 acres of sea frontage, clad among the world’s oldest tropical rainforest by the slope of the legendary and majestic Mount Santubong, a mere 40-minutes drive from Kuching City, the capital of Sarawak and 50-minute drive from Kuching International Airport



Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak resort ialah dobi, agensi pelancongan, sewa kereta, perkidmatan urut dan refleksologi tradisional, spa, kolam, gym, boat cruise, padang golf dan lain-lain. Resort ini turut menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa popular di Cafe Satang. Yang pastinya penginap tidak akan bosan apabila menginap di sana. 

AND THE NEXT VISIT PULAK IS GUNUNG SANTUBONG

Antara tempat menarik di sekitar kawasan Damai Beach Resort ialah Gunung Santubung.Gunung ini terletak kira-kira 35 KM dari bandaraya Kuching. Gunung ini bukanlah tertinggi di Sarawak tetapi terkenal kerana legenda gunung yang berkaitan dengan Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang. Anggaran masa mendaki ialah 5jam. Pendaki akan dikenakan RM 2.00 untuk mendaki dan RM 10.00 untuk sijil pendakian. Dikhabarkan, dari puncak gunung, pemdaki boleh menikmati dan menyaksikan keindahan sungai, lautan dan pulau- pulau serta sebahagian Bandaraya Kuching dan Gunung Serapi. Sesiapa yang minat mendaki bolehla menambahkan Gunung Santubung ini dalam senarai impian gunung untuk di daki.


that's all guys! catch me up on the next post!

 
 
 

Comentarios


© 2023 by Salt & Pepper. Proudly created with Wix.com

bottom of page